Akses Server Menggunakan SSH

Protokol SSH: Membina Sambungan Selamat dengan Server Anda

Protokol Secure Shell (SSH) adalah satu protokol rangkaian yang digunakan untuk mengamankan sambungan antara komputer dan server jarak jauh. Ia menyediakan lapisan keselamatan tambahan dengan mengenkripsi data yang dihantar melalui sambungan SSH, menjadikannya pilihan yang popular untuk mengakses server dengan selamat. Ianya biasanya terdapat pada OS yang berasaskan atau berasal daripada UNIX. Ini termasuk disto-disto linux seperti RedHat, Debian, Ubuntu, Fedore, CentOS, OpenSuse dan banyak lagi.

Akses SSH Server: Kaedah & Perisian (SSH Client)

Arahan SSH pada Terminal, Command Prompt atau Powershell

Bagi pengguna Linux, Unix dan Mac, biasanya mereka akan gunakan sahaja terminal yang terdapat pada OS mereka. OpenSSH client sudah sedia dipasang lalu membolehkan SSH server diakses menggunakan arahan ssh.

Sejak dari sekian release pada Window 10 suatu ketika dahulu, versi Window yang terkini juga telahpun menyokong SSH client. Oleh itu, arahan ssh seperti yang digunakan atas terminal linux kini boleh digunakan atas Window Command Prompt dan Powershell.

ssh username@alamat_IP_atau_domain

Putty

Putty adalah salah satu SSH client yang popular bagi pengguna Windows. Anda boleh memuat turun Putty secara percuma dari laman web rasmi mereka. Setelah memasang Putty, anda boleh membuka aplikasi tersebut dan memasukkan alamat IP atau nama domain server yang ingin disambungkan. Kemudian, anda perlu memilih protokol SSH dan klik "Open" untuk memulakan sambungan SSH.

putty

Kelebihan menggunakan putty berbanding arahan SSH pada terminal adalah, anda dengan mudah dapat akses semula mana-mana server dengan cara load sahaja dari senarai Sessions yang telahpun disimpan.

Penggunaan SSH Key: Mengamankan Akses ke Server SSH Anda

Untuk menambah tahap keselamatan, seeloknya server SSH diakses menggunakan SSH key untuk menggantikan password. Jika saya yang sediakan akses server dan berikan kepada anda, anda perlu tahu bagaimana untuk gunakan fail .ppk yang saya berikan bersama dengan putty dan fail .pem pula bersama dengan arahan ssh atas terminal, commmad prompt ataupun powershell.

Fail .ppk untuk Putty

Di sini, kita anggap sahaja bahawa fail key .ppk telahpun disediakan. Cara untuk menggunakan bersama putty ialah dengan cara buka putty dan pilih server yang berkenaan pada ruangan Session. Seterusnya klik Connection > SSH > Auth >butang Browse berdekatan dengan "Private key file for authentication field". Pilih fail .ppk yang berkenaan dan klik open.

Arahan Linux

ssh -i /lokasi/fail_kunci.pem username@alamat_IP_atau_domain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *