Pernah terjadi keadaan di mana saya perlu menukarkan teks menggandungi variable di dalam fail konfigurasi setiap migtysite joomla. Teks yang perlu ditukar adalah seperti contoh berikut
$live_site = ‘’; kepada $live_site = ‘subdomain.sample.com.my/v1;
Sudah menjadi kebiasaan untuk saya menggunakan arahan 'sed' pada linux. Namun, bukan yang mengandungi linux variable. Oleh itu, penggunakan arahan 'sed' mengikut kebiasaan saya menghasilkan error
Arahan
sed "s/live_site = ''/live_site = '$url'/g" $i;
Error Message
sed: -e expression #1, char 55: unknown option to `s'
Oleh itu, setelah melakukan carian, maka arahan di atas perlu ditukarkan seperti berikut
sed "s|live_site = ''|live_site = '$url'|g" $i;Perkongsian di sini saya ringkaskan kepada 'sed' sahaja. Namun, dalam kes saya sebelum ini, arahan 'sed' di atas digunakan bersama arahan 'for loop' untuk mendapatkan senarai setiap fail konfigurasi dan menukarkan value bagi varible '$live_site'Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. 🙂