Bayam Brazil

Bayam Brazil

Kebelakangan ini, saya seringkali melihat perkongsian di group facebook berkenaan Bayam Brazil. Tanaman yang sememangnya berasal daripada Brazil ini, kini menjadi
terkenal di kalangan mereka yang minat berkebun kerana ianya mudah
dibiakkan.

Alhamdulillah, keinginan untuk memiliki tanaman ini tercapai. Saya dihadiahkan dengan tanaman ini semasa berkunjung ke rumah ibu saudara orang rumah saya. Pulang sahaja ke rumah, terus buat beberapa keratan. Ada yang dicucuk dalam pasu dan ada juga di dalam bekas hidroponik. Seperti yang dijangka, tanaman mengeluarkan akar dalam masa yang singkat (Daun pada keratan perlu dibuang untuk mengurangkan tekanan pada pokok dan tumpuan diberi pada pertumbuhan akar).

Selain dimasak, Bayam Brazil juga sesuai sebagai ulam. Ianya mengandungi pelbagai khasiat. Namun, ianya perlu dielakkan oleh pesakit gout kerana kandungan oxalate yang banyak didalamnya. Individu yang sihat juga seeloknya merebus Bayam Brazil terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan oxalate.

Baru seminggu memiliki pokok Bayam Brazil ni, tak cuba buat masakan apa pun lagi. Baru petik-petik ambil sedikit sebagai ulam 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *