Assalamualaikum W.B.T/Salam Sejahtera

Saya Abdul Wahid, seorang pekerja bidang IT sejak tahun 2008.
Walaupun mengambil jurusan Sains Komputer dan pernah mengikuti kursus JAVA kerana asalnya hendak menjadi programmer, dunia pekerjaan saya menunjukkan saya lebih cenderung kepada penyediaan perisian dan penyelesaian masalah teknikal di mana saya telahpun bergelumang dengan pemasangan linux (Centos, Ubuntu dll), keperluan server laman web (Apache, Nginx, PHP, JAVA, MySQL/MariaDB dll) dan juga pemasangan/konfigurasi web platform/CMS (Liferay, Joomla, WordPress, Laravel dan juga Yii).
Saya memang cenderung untuk mencuba perkara-perkara baru. Oleh itu, blog ini akan sering memaparkan kandungan berbentuk IT, aktiviti DIY (Contohnya baiki sendiri peralatan rumah), percubaan aplikasi, promosi (Contohnya kempen oleh dompet digital untuk ambil manfaat dari bonus kod rujukan. Hehe) dan juga berkenaan hobi bercucuk tanam saya walaupun kebun kecil sahaja.
Abaikan logo blog ini jika anda rasa ianya buruk. Saya bukan orang yang mahir dengan design. Lambat dapat idea. Ini pun dah ubah beberapa kali. Hehe
~ Terima kasih kerana melawat ~