Pada masa ini kita sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat dari pandemik Covid-19. Pasaraya dan kedai-kedai makan digalakkan untuk melakukan saringan suhu dan mengambil rekod pelawat premis mereka untuk memudahkan pengesanan jika berlaku kes jangkitan.
Google form merupakan media digital yang mudah dan percuma yang kita boleh gunakan sebagai ganti kepada buku log. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan :-
Google Form
- Cipta borang baru pada google form
- Sediakan perkara-perkara yang anda perlukan
- Tajuk Borang : Borang Rekod Pelawat Kedai XXX
- Nama
- IC/Passport
- Nombor Telefon
- Suhu (Celcius)
- Sediakan Google Sheet Untuk Form
- Klik "Responses" -> Icon "View Responses in Sheets"
- Klik "Responses" -> Icon "View Responses in Sheets"
Response In Sheet

Bagi memudahkan lagi pengurusan maklumat, terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan terhadap kolum-kolum yang telah dihasilkan oleh google form.
- Warna latar untuk suhu jika melebihi 37.5 darjah celcius
- Klik 'Format' -> 'Conditional Formatting'
- Apply To Range : E2:E (E untuk suhu)
- Format Rules : Greater than or equal to , 37.5
- Formatting style : Fill color "red"
- Filter view : Tarikh (Mudahkan carian mengikut tarikh)
- Klik 'Data' -> 'Filter views' -> 'Create new filter view'
- Name : Tarikh
- Range : A2:A (A untuk Timestamp)
- Klik icon filter. Pilih 'filter by condition' -> 'Text Contains' dan masukkan tarikh yang ingin dicari
- Tutup filter view (Klik icon X)
- Filter view boleh digunakan semula dengan klik 'data' -> 'Filter views' -> 'Tarikh'
- Filter view : Individu Demam
- Klik 'Data' -> 'Filter views' -> 'Create new filter view'
- Name : Individu Demam
- Range : E2:E (E untuk Suhu)
- Klik icon filter. Pilih 'filter by condition' -> 'Greater than' dan masukkan nilai 37.5 (suhu demam)
- Tutup filter view (Klik icon X)
- Filter view boleh digunakan semula dengan klik 'Data' -> 'Filter views' -> 'Individu Demam'

Saya mendapati bahawa range pada data validation dan filter view hanya mengambil nilai baris (row) sedia ada sahaja. Kalau anda ada 100 row A, nilai A2:A yang dimasukkan akan bertukar kepada A2:A100. Baris tambahan selepas 100 tidak terkandung di dalam range yang telah ditetapkan. Oleh itu, digalakkan agar menyediakan bilangan row yang sesuai dari awal dan melakukan semakan dari masa ke semasa.
Pautan pantas kepada borang
Borang sudahpun siap. Kini, anda perlu memudahkan ianya dicapai pada henfon anda ataupun staff anda pula. Saya galakkan agar anda memasang perisian "Website Shorcut" dan seterusnya menyediakan pautan untuk borang tersebut.
Peringatan (Kemaskini 14 Mei 2020)
Terdapat arahan dari pihak berkuasa agar maklumat nombor IC tidak diambil/diberikan untuk mengelakkan penyalahgunaan.