E-Tunai Rakyat - Galakan Matawang Digital

Dompet Nirtunai

Mengenai Insentif E-Tunai Rakyat

E-Tunai Rakyat. Insentif ini telah diumumkan di dalam bajet 2020 untuk menggalakkan penggunaan dompet digital. Melalui insentif ini, pengguna yang layak akan menerima RM30 melalui dompet digital mereka. Permohonan boleh dibuat dari 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020.

Syarat permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 ke atas
  • Pendapatan tahunan di bawah RM100,000

Dompet digital terpilih

  • Boost
  • Touch 'N Go eWallet
  • GrabPay
Anda boleh memiliki dan menggunakan ketiga-tiga dompet digital. Namun, permohonan anda akan disemak untuk memastikan anda layak dan hanya membuat permohonanan dari satu aplikasi sahaja.

Apa itu dompet digital?

Kepada anda yang tidak pernah lagi menggunakan dompet digital, ia merupakan aplikasi telepon pintar yang berfungsi untuk menyimpan duit anda (tambah nilai melalui kad debit/kredit atau pindahan wang dari akaun bank) dan membolehkan anda melakukan urusan jual beli, pindahan wang antara pengguna aplikasi, pembelian atas talian, pembayaran bil, pembelian topup untuk talian telepon dan pelbagai lagi kemudahan.

Pengalaman saya, saya tiada masalah topup kredit yang banyak ke dalam dompet digital setelah menerima gaji kerana ianya disokong oleh banyak peniaga. Gerai burger, food truck, pasar malam, kedai runcit dan juga pasaraya. Malah, ganjaran pulangan wang yang ditawarkan membuatkan saya akan lebih memilih kedai yang menerima dompet digital walaupun hanya nak makan atau beli beras.

Permohonan Insentif E-Tunai

Anda perlu pasang dahulu aplikasi pilihan anda kerana permohonan perlu dibuat melalui aplikasi. Artikel lama saya di https://blog.abah1s.com/2019/07/dompet-nirtunai.html ada menyebutkan mengenai Boost dan Touch 'N Go untuk membantu anda membuat pilihan.Berikut paparan yang boleh anda lihat pada Boost dan Touch 'N Go Ewallet untuk tujuan permohonan.

Boost E-Tunai Rakyat
Boost - Kod rujukan : abdfct1

 

Touch N Go E-Tunai Rakyat
Touch 'N Go - Kod rujukan : fctsrw

 

Penutup

Jika anda baru hendak menggunakan dompet digital dan tulisan ini memberi manfaat kepada anda, mohon jasa baik untuk memasukan kod rujukan saya semasa mendaftar mana-mana aplikasi di atas. Terima kasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *