Format .tar atau tar.gz (.tgz) merupakan format fail arkib yang sering saya gunakan semasa membuat backup laman web. Antara masalah yang sering dihadapi ialah, direktori laman web yang terlibat mempunyai folder yang tidak diperlukan. Ianya boleh diabaikan jika saiz folder yang terlibat adalah kecil. Namun, jika ianya besar dan boleh melambatkan proses untuk pemindahan antara server, maka eloklah ia kita singkirkan (exclude). Antara folder yang kita boleh singkirkan semasa backup ialah logs, tmp, temp dan cache.
Berikut merupakan contoh penggunaan tar --exclude. Parameter --exclude perlu diletakkan sebelum -cvf (tar) atau -zcvf (tar.gz)
tar --exclude='test/a' --exclude="test/b/" -zcvf test.tgz test
1. Disini, folder yang mahu di arkibkan adalah 'test'. Perlu letak 'test' di dalam paramater 'exclude'. Jika letakkan subfolder sahaja, maka exclude tidak berfungsi
2. --exclude='test/a' - folder 'a' tidak akan disertakan dalam arkib
3. --exclude="test/b/*" - folder 'b' disertakan didalam arkib tanpa kandungan didalamnya
🙂