SSH tunnel digunakan apabila MySQL Server pada host yang menggunakan sistem operasi berasaskan unix/linux tidak memberi kebenaran untuk akses dari MySQL Client pada host yang lain. Oleh itu, jika host mengandungi MySQL server boleh diakses menggunakan SSH, penggunaan SSH tunnel adalah seolah-olah kita masuk dan kemudian melakukan capaian kepada MySQL dari dalam.
Saya akan menunjukan contoh menggunakan MySQL GUI client kegemaran saya iaitu HeidiSQL. Sedihnya, kini saya menggunakan Ubuntu Desktop dan untuk kekal menggunakan HeidiSQL, ianya perlu dipasang dan dijalankan menggunakan Wine.
HeidiSQL - Settings

Lihat gambar di atas. Anda perlu menukarkan 'Network Type' yang asal kepada 'MySQL (SSH tunnel)'. Perubahan tersebut akan menyebabkan tab 'SSH tunnel' dipaparkan.
Sila pastikan tetapan berikut dilakukan pada tab 'Settings'
- Network type = MySQL (SSH tunnel)
- Hostname/IP = <IP 127.0.0.1 jika akses SSH dilakukan kepada host mengandungi MySQL server. Jika tidak, masukkan IP bagi MySQL server tersebut>
- User = <Nama pengguna MySQL yang hendak diakses>
- Password = <Kataluaan bagi nama pengguna yang digunakan>
- Port = <Kekalkan port 3306 (default MySQL port) jika port tersebut digunakan oleh MySQL server.
HeidiSQL - SSH tunnel

Bagi membolehkan HeidiSQL melakukan akses SSH, ia memerlukan fail plink.exe. Jika anda sudah mempunyai putty, plink.exe biasanya ada di dalam 'C:/Program Files/PuTTY. Jika tidak, sila klik pada pautan 'Download plink.exe' untuk mendapatkan fail tersebut.
Seterusnya, lengkapkan tetapan yang diperlukan
- plink.exe location = <Nyatakan lokasi fail tersebut>
- SSH host + port = <IP host mengandungi MySQL Server atau host yang dibenarkan untuk melakukan MySQL connection ke MySQL server> + <SSH port samaada 22 ataupun selainnya jika server tersebut menggunakan SSH port yang berlainan>
- Username : <Nama pengguna pada SSH server>
- Password : <Katalaluan bagi nama pengguna yang digunakan>
- Private key file : <Isi hanya jika anda akses ke server menggunakan SSH Key>
- Local port : <Kekalkan port 3307 kecuali anda ada lebih dari satu sesi yang menggunakan SSH tunnel dan mungkin melakukan capaian secara serentak.
Jangan lupa simpan tetapan yang telah dilakukan. Kini, jika tiada sebarang masalah lain, anda sepatutnya sudah dapat mengakses database pada MySQL server.