Konfigurasi SMTP - Mengatasi masalah penghantaran email

nmap - uji sambungan SMTP

Setiap laman web memerlukan konfigurasi SMTP yang betul dan kebenaran untuk menggunakan SMTP tersebut jika ingin menghantar email notifikasi. Oleh itu, sebarang sekatan di firewall samaada pada web laman web, rangkaian ataupun server SMTP itu sendiri perlu disemak dan diselesaikan.

Pengalaman saya, ini antara isu yang seringkali memakan masa. Sebagai vendor, apabila yakin bahawa tiada kesilapan yang telah dibuat atas server laman web, bukti perlu diberi agar pihak-pihak yang lain pula yang melakukan semakan.

Fokus tulisan ini adalah tindakan setelah pasti bahawa tiada kesilapan atas konfigurasi firewall server laman web. Jika masih ragu-ragu, boleh matikan firewall server laman web buat sementara semasa melakukan ujian.

Menyelesaikan masalah SMTP

Ujian perlu dilakukan dahulu menggunakan arahan linux (Command Line Interface atau ringkasnya CLI).

Semak hubungan ke server SMTP menggunakan nmap

Pasang nmap menggunakan arahan 'yum install nmap' di CentOS manakala Ubuntu pula 'apt-get install nmap'. Seterusnya jalankan arahan seperti contoh berikut

nmap -Pn -p 25,587,465 smtp.contoh.je

nmap - Uji sambungan SMTP
Contoh semakan port server SMTP menggunakan nmap

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu :-

  1. Server SMTP dikenali - Jika semakan dibuat guna domain, nmap akan paparkan IP domain tersebut.
  2. Status port yang disemak - Jika 'open', boleh lanjutkan dengan ujian untuk menhantar email
  3. IP Server SMTP kekal atau berubah-ubah - Jika berubah, lakukan arahan nmap beberapa kali untuk melihat jika port yang 'close' berstatus 'open' pada mana-mana IP

Seterusnya, lakukan pula seperti berikut

  1. Minta pihak yang berkenaan lakukan pula semakan protokol yang dibenarkan. Boleh jadi SMTP memerlukan TCP namun hanya UDP sahaja yang ditetapkan.
  2. Untuk kes IP Server SMTP berubah-ubah dan port SMTP 'close' kecuali pada IP tertentu, boleh maklumkan pihak yang berkenaan untuk penyelesaian atau gunakan kaedah alternatif iaitu dengan cara tetapkan terus SMTP host dengan IP tersebut di dalam fail '/etc/hosts'

Ujian penghantaran email menggunakan swaks

Aktiviti ini dilakukan setelah isu hubungan server laman web dengan server SMTP selesai.

Perisian swaks perlu dipasang terlebih dahulu. Gunakan arahan 'yum install swaks' untuk CentOS dan 'apt-get install swaks' untuk Ubuntu.

Seterusnya, laksanakan arahan seperti berikut. Contoh yang diberi adalah untuk server SMTP dengan port 587 dan protokol TLS

swaks --to [email protected] --from [email protected] --server smtp.contoh.je:587 --header "Subject:Server Agensi1 - Test SMTP Guna command swaks" --body "Test - date" --tls --auth-user '[email protected]' --auth-password 'password-digunakan'

Terdapat server SMTP yang menghendaki email dihantar dari alamat email yang sama dengan auth user yang digunakan. Oleh itu, jika terdapat ralat sila cuba semula dengan mengubah tetapan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *