Pada kali ini, saya ingin tunjukkan bagaimana memanfaatkan arahan linux grep, sed dan find + sed
Contoh situasi diberikan agar anda nampak bila perlu menggunakan arahan linux di atas
grep
Contoh Situasi :
Sistem yang kita tidak biasa. Tidak tahu fail utama untuk konfigurasi database. Server ada lebih dari satu database. Kita perlu tahu fail konfigurasi dan database apa yang digunakan
Arahan linux :
grep -r 'contoh_db' .
Tanda noktah "." digunakan kerana carian dilakukan dalam folder semasa. Sila tukarkan dengan lokasi penuh jika anda lakukan carian di lokasi yang lain
sed
Contoh situasi :
Perlu ubah teks tanpa mahu membuka aplikasi suntingan seperti vi, nano dan lain-lain
Arahan linux :
sed 's/teks_lama/teks_baru/g' contoh.php
Guna arahan diatas jika anda mahu lihat dahulu perubahan. Perubahan tidak akan disimpan di dalam fail
sed -i 's/teks_lama/teks_baru/g' contoh.php
Arahan yang sama. Bezanya kali ini kita tambah parameter -i. Perubahan akan disimpan di dalam fail
find + sed
Contoh situasi :
Kita perlu menukar nama database, username atau password yang terdapat di dalam lebih dari satu fail
Arahan linux :
find . -type f -exec sed -i 's/nama_db_asal/nama_db_baru/g' {} ;
Tanda noktah '.' bermakna lokasi semasa. Boleh ganti dengan lokasi penuh
'-type f' bermakna cari fail sahaja
Arahan sed dinyatakan akan dilakukan ke atas setiap fail yang ditemui