Dalam pembangunan laman web, terdapat beberapa pilihan hosting. Share hosting biasanya sudah didatangkan dengan cpanel sebagai panel web untuk memudahkan proses deployment. Namun, dalam keadaan dimana share hosting bukannya pilihan, proses setup server, management dan deployment memberi cabaran lebih-lebih lagi jika pembangun laman web perlu melakukannya kerana syarikat tiada pasukan khas untuk server.
Runcloud (https://runcloud.io/r/BVrWy1DPWKNk) merupakan salah satu penyelesaian kepada masalah diatas. Anda hanya perlu daftar akaun dan mengikut arahan yang diberikan agar panel kawalan runcloud berhubung dengan server baru anda beserta dengan pemasangan Nginx, Apache, Mariadb, Redis dan lain-lain. Cuma, buat masa ini, Runcloud hanya menyokong Ubuntu Linux sahaja.
Kepada anda yang hendak mencuba dahulu tanpa mengeluarkan sebarang modal, jangan risau. Runcloud mempunyai plan percuma yang terhad kepada 1 server. Bagi server pula, Digital Ocean (https://m.do.co/c/a761f3cd7b28) menawarkan 100 USD kredit percuma yang boleh digunakan selama 60 hari.
Menghubungkan runcloud dengan server
Create droplet pada Digital Ocean
- Daftar akaun digital ocean (https://m.do.co/c/a761f3cd7b28) dan log masuk
- Klik "Manage -> Droplets -> Create Droplet"
- Pilih konfigurasi Droplet
Distribution = Ubuntu
Plan = StandardDigital Ocean mencadangkan variasi $40. Terpulang kepada anda lebih-lebih lagi jika anda pengguna baru dengan $100 kredit percuma. Saya memilih plan standard dengan variasi $5 kerana saya pengguna sedia ada. 🙂
Untuk tetapan yang lain, boleh biarkan tanpa diubah kecuali jika ada tujuan dan paham akan setiap perubahan tersebut. Jika telah yakin dengan tetapan yang dibuat, sila klik butang 'create' di sebelah bawah.
- Akses server/droplet
Ubuntu server anda sudah tersedia. Untuk akses ke server, boleh klik menu 'more -> access console' pada sebelah kanan atau gunakan SSH client seperti PuTTY. Semak email anda untuk mendapatkan katalaluan server.
Hubungkan Runcloud dengan Server
- Daftar akaun Runcloud (https://runcloud.io/r/BVrWy1DPWKNk) dan log masuk
- Klik "Connect a New Server"
- Isikan borang "Connect a New Server" dan klik "Connect this server"
- Jalankan teks arahan yang dipaparkan oleh RuncloudRuncloud akan paparkan teks arahan yang khas untuk IP Server anda. Akses ke server anda menggunakan PuTTY. Salin teks yang dihasilkan, tampal pada PuTTY dan jalankan ia. Tunggu hingga selesai
Kawalan server menggunakan Runcloud

🙂