
Ini adalah perkongsian berdasarkan aktiviti naiktaraf yang baru sahaja saya lakukan terhadap sebuah website yang menggunakan Joomla versi 3.6.x.
Aktiviti naiktaraf Joomla boleh dilakukan melalui halaman Administrator pada Joomla itu sendiri atau dengan ekstrak pakej yang diperoleh dari laman web Joomla (https://downloads.joomla.org/cms/joomla3). Saya lebih suka menggunakan cara kedua kerana lebih mudah untuk menguruskan kegagalan yang berlaku.


Team kami diminta agar naiktaraf Joomla ke versi 3.9.8 (Versi terkini pada masa artikel ini disediakan adalah 3.9.10). Sebelum ini, kami telahpun naiktaraf ke Joomla 3.7.0 dan ianya berjaya. Selepas itu kami cuba naiktaraf terus dari joomla 3.7.0 ke versi 3.9.8. Ianya tidak berjaya walaupun saya cuba menggunakan script postupdate.php sebagai alat bantu (https://gist.github.com/mbabker/d7bfb4e1e2fbc6b7815a733607f89281)
Setelah beberapa kali cubaan, maka cara yang berjaya untuk kes kali ini adalah seperti berikut :-
Joomla 3.6.x -> Joomla 3.8.0
- https://downloads.joomla.org/cms/joomla3/3-8-0/joomla_3-8-0-stable-update_package-zip?format=zip
- Jika akses ke page administator hanya memaparkan mesej ralat, cuba gunakan script postupdate.php (https://gist.github.com/mbabker/d7bfb4e1e2fbc6b7815a733607f89281)
- Anda boleh cuba lalu versi 3.7.0 dahulu jika tetap tidak berjaya.
- Jika naiktaraf berjaya, jangan lupa uruskan "Page Administrator -> Extensions -> Manage -> Database" (Fix DB) dan "Page Administrator -> Extensions -> Manage -> Discover" (Discover dan Install)
Joomla 3.8.0 -> Joomla 3.9
- https://downloads.joomla.org/cms/joomla3/3-9-0/joomla_3-9-0-stable-update_package-zip?format=zip
- Semak paparan muka depan dan halaman administrator untuk kenal pasti masalah dan juga versi Joomla.
- Jika terdapat sebarang masalah, kenalpasti dan baiki terlebih dahulu. Untuk kes saya, muka hadapan laman web dan juga kebanyakan halaman untuk administrator tidak dapat diakses kerana ralat pada plugin ari data. Oleh itu, saya kembali semula ke versi 3.8, nyahaktif ari data dan lakukan semula naiktaraf.
- Jika naiktaraf berjaya, jangan lupa uruskan "Page Administrator -> Extensions -> Manage -> Database" (Fix DB) dan "Page Administrator -> Extensions -> Manage -> Discover" (Discover dan Install)
Keputusan aktivititi
- Naiktaraf Joomla sebelum versi 3.8 akan melalui versi 3.8 terlebih dahulu. Skrip postupdate.php dari https://gist.github.com/mbabker/d7bfb4e1e2fbc6b7815a733607f89281 akan digunakan jika perlu.
- Jika terdapat plugin yang menghalang proses dinaiktaraf, ianya perlu di nyahaktif. Cara saya seperti yang saya ceritakan di atas adalah dengan kembali ke versi sebelumnya, nyahtif plugin dan teruskan semula aktiviti naiktaraf. Selain itu, anda juga boleh nyahaktif melalui database table yang berkenaan.
- Saya peroleh cara untuk kembalikan Joomla ke versi sebelumnya. Contohnya anda hendak kembali dari versi 3.9.8 ke versi 3.8.0. Anda perlu buang semua fail sql selepas versi 3.8.0 dari "<Folder Joomla>/administrator/components/com_admin/sql/updates/mysql". Selepas itu, ekstrak semula Joomla pakej versi 3.8.0 ke dalam web root anda.
Sekian 🙂