Openfortivpn sebagai ganti forticlient VPN

Logo VPN

Saya telah beralih kepada Ubuntu linux semasa tukar hard disk baru-baru ini. Linux OS terus atas laptop lebih digemari untuk saya bermain-main dengan bash script daripada terpaksa guna virtualbox ataupun Ubuntu bash for window. Bagi pengalaman penggunaan harian, kebanyakannya tiada masalah kecuali adanya keperluan untuk menggunakan forticlient VPN dan Skype Business baru-baru ini.

Nampaknya hanya ada Forticlient sahaja dan tiada Forticlient VPN yang disediakan untuk linux. Sudah tentu ini mengecewakan. Nak bertukar OS semula, terpaksa pindah keluar semua fail, install window, pindah masuk fail dan melakukan semula tetapan perisian. Ini akan memakan masa dan sebolehnya hati ini ingin kekal menggunakan Ubuntu OS tanpa masalah. Hehe

openfortivpn

Hasil dari carian di internet, saya menemui alternatif bernama openfortivpn.

Pemasangan

Jalankan arahan berikut untuk pemasangan diatas ubuntu 18.04

sudo apt install openfortivpn

Penggunaan

Buka fail /etc/openfortivpn/config dan masukkan tetapan bagi server Forticlient VPN yang ingin diakses.

host = <vpn-gateway>
port = <port-number>
username = <username>
password = <password>
trusted-cert = <a sha256sum>

Anda boleh kosongkan dahulu trusted-cert jika anda tidak tahu. Saya juga biarkan dahulu. Selepas mulakan vpn, mesej ralat yang dipaparkan akan mengandungi sha256sum yang boleh anda salin dan isi pada trusted-cert tersebut.

Jalankan arahan berikut untuk mulakan VPN

sudo openfortivpn

Jika akses berjaya, anda akan melihat mesej seperti berikut

INFO:   Tunnel is up and running.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *