Pengenalan dan Senarai Dompet Nirtunai

dompet nirtunai

Tahun 2018 merupakan tahun dimana saya mula terjebak dengan dompet nirtunai akibat bacaan dan pengaruh dari rakan-rakan di pejabat. Promosi yang dibuat oleh pemilik dompet nirtunai seperti pulangan wang dan ganjaran-ganjaran menarik merancakkan lagi minat saya mencuba beberapa aplikasi yang ada.

Memandangkan terdapat banyak dompet nirtunai yang muncul bagai cendawan selepas hujan, saya terpaksa memilih aplikasi mana menjadi keutamaan untuk berada di dalam henfon saya yang cuma mempunyai ruang storan dalaman sebanyak 16GB sahaja. Aplikasi juga dipilih berdasarkan ganjaran ditawarkan dan sokongan penggunaan dari kedai atau pasaraya berdekatan.

Berikut merupakan aplikasi pilihan pada henfon saya.

Boost

Boost menjadi pilihan utama kerana pulangan wang diberikan, sokongan kedai dan pasaraya dan juga tawaran-tawaran menarik yang selalu ada.Sebelum ini, Boost juga menawarkan pulangan 50% (hampir) untuk bayaran parkir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sangat membantu saya kerana kos parking "RM6.40 X 22 hari = RM140.80" menjadi "RM3.40 X 22 hari = RM74.80". Namun kini ia tidak lagi ditawarkan. Tidak mengapalah kerana selepas raya baru ni, memang saya hendak kerap berjalan kaki ke pejabat untuk jimatkan lagi perbelanjaan 🙂

Kod rujukan saya : abdfct1

Touch 'n Go eWallet

Touch 'n Go eWallet boleh digunakan untuk pembelian barangan dan juga pembayaran bil dalam talian sama seperti Boost. Kelebihannya untuk menjadi aplikasi perlu dipasang adalah kerana fungsinya menguruskan kad Touch n Go dan juga hubungannya dengan Touch 'n Go RFID.Kelebihan yang anda peroleh dengan menghubungkan kad Touch n Go anda kepada Touch 'n Go eWallet adalah, anda boleh melihat baki dalam kad dan anda juga boleh bayar tol menggunakan baki pada Touch 'n Go eWallet dan bukannya baki pada kad menggunakan fungsi Pay Direct (Buat masa ini "Pay Direct" hanya untuk lebuh raya terpilih sahaja).

Kod rujukan saya : fctsrw

Maybank (MAE)

Memandangkan MAE ini merupakan dompet Nirtunai pertama yang dikeluarkan oleh pihak bank, sudah tentu ianya mempunyai masa depan yang cerah hasil dari kepercayaan pengguna. Saya tidak dapat lari dari mencubanya kerana saya memang memasang aplikasi maybank dan hanya perlu mengaktifkan sahaja fungsi MAE ini.
Bagi pengguna akaun maybank sedia ada, apabila anda mengaktifkan MAE, anda seolah-olah mencipta satu lagi akaun baru khas untuk MAE. Namun, anda tidak perlu risau memperuntukkan wang ke dalamnya kerana semasa melakukan aktiviti pembayaran bil atau pemindahan wang dalam talian, anda boleh memilih dari akaun maybank anda yang mana satu.

Sebelum adanya MAE, Maybank sedia mempunyai "Maybank QR Pay". Dengan adanya MAE pula, pengguna dapat mengasingkan wang untuk perbelanjaan mereka dari akaun simpanan.Kod rujukan saya : awb0408

BigPay

Merujuk laman web BigPay, mereka sebenarnya tidak menganggap BigPay sebagai dompet Nirtunai. Namun, saya kongsikan juga di sini.
Saya diperkenalkan oleh rakan-rakan kepada BigPay kerana ganjaran AirAsia dan juga fungsi kad debit berbentuk prepaid. Oleh itu, ia menjadi kad debit berbentuk prepaid pertama saya. Kad debit berbentuk prepaid sesuai kepada anda yang ingin mengasingkan wang perbelanjaan mengikut had yang anda inginkan.

Bagi ganjaran pula, dengan BigPay, anda mendapat manfaat untuk cas pertukaran mata wang percuma, cas pemprosesan tempahan AirAsia percuma, diskaun untuk bagasi dan makanan di AirAsia dan juga ganjaran "Big Point" untuk setiap transaksi.Kod rujukan saya : MURTCNRMLX

Aeon Wallet

Aeon Wallet digunakan bersama-sama dengan kad debit "Aeon Member Plus Visa Card" untuk manfaat perbelanjaan di cawangan pasaraya Aeon. Saya pernah menggunakan QR pada aplikasi Aeon Wallet sekali kerana kad saya rosak. Namun, untuk penggunaan di selain pasar raya Aeon, anda tidak perlu risau kerana kad debit Aeon sama seperti kad debit yang kita peroleh dari bank. Bezanya, ia berbentuk prepaid.

Setel

Setel merupakan dompet nirtunai untuk tujuan pembelian minyak di Petronas
Kod rujukan saya : 9an9
URL : https://www.setel.my/ref/9an9
Setakat ini, dari senarai aplikasi dompet nirtunai yang saya sebutkan, Boost menjadi pilihan utama. Walaupun Touch 'n Go eWallet juga mempunyai sokongan dari banyak pasarraya, buat masa ini promosi ditawarkan Boost sangat menarik contohnya "Boost Super Shake" yang berjalan dari 29 April 2019 hingga 18 Ogos 2019 yang membuatkan saya memastikan perbelanjaan mesti menggunakan Boost hingga perlu ke Mydin walaupun kedai runcit bawah rumah ada benda yang sama. Bagi penggunaan di stesen minyak, Boost buat masa ini menjadi saingan kepada Setel kerana Boost diterima di Shell.

Persaingan dompet nirtunai buat masa ini merupakan sesuatu yang bagus kepada pengguna. Namun, sampai masa, mungkin pengguna sudah tidak peduli lagi dengan dompet nirtunai yang baru muncul. Kita tidak mampu hendak memasang semuanya dan wang yang telah diperuntukkan kedalam dompet nirtunai juga tidak boleh dipindahkan ke dalam dompet nirtunai yang lain. Ini pasti memberi kesukaran dalam kes contohnya saya punya duit dalam Boost tetapi kedai hanya terima Touch 'n Go eWallet sahaja (Tidak termasuk BigPay dan Aeon Wallet. Wang dalam keduanya boleh dipindahkan melalui fungsi topup menggunakan debit card).Penggunaan dompet nirtunai tidak lari dari cabaran. Kita perlukan sokongan dari semua kedai makan dan kedai runcit. Selalu sahaja, dompet fizikal tak berduit, dalam dompet nirtunai ada duit. Capaian internet juga perlu diperbaiki untuk mengelakkan keadaan terkial-kial reset mobile  data depan kaunter selepas barang habis dikira. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *