Talian telefon & internet yang stabil merupakan keperluan masa kini bagi ramai orang termasuk saya. Kalau sudah namanya bekerja dalam industri IT dan mengadap dengan server atau web tidak tentu masa, mana mungkin tidak mempunyai internet. Namun, memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi sekarang, sudah tentu ramai juga yang mencari plan dengan harga yang murah.
Bagi saya, plan yang dipilih mesti sesuai dengan keadaan penggunaan internet pada situasi atau lokasi yang berbeza. Tidak berbaloi bayar harga mahal untuk quota internet yang tinggi sedangkan apabila berada di ofis kita akan menggunakan internet ofis. Kita juga mungkin perlu bergantung kepada dua atau lebih penyedia perkhidmatan berbeza kerana perbezaan kualiti rangkaian di lokasi yang berbeza (Rumah sendiri, kampung sendiri, kampung pasangan & lokasi semasa bekerja di luar).
Berikut merupakan dua variasi terkini yang pernah saya gunakan :-
- XOX + Yes + Unifi Mobile
- XOX + Yes + Freshtel Internet
Maklumat & Penggunaan Setiap Perkhidmatan
XOX
Mempunyai plan postpaid dengan harga semurah RM10 sebulan dengan data 1G setiap bulan. Saya jarang bercakap di telefon jadi tiada masalah dengan masa bercakap hanya 30minit.
Kelebihan XOX, baki data, masa bercakap dan SMS akan dibawa ke bulan berikutnya. Kita juga dapat ubah plan dengan mudah. Oleh itu setiap beberapa bulan saya naiktaraf pakej agar jumlah data bertambah dan turun taraf semula pada bulan berikutnya.
Yes
Backup jika saya berada diluar & tidak mahu menghabiskan data telco utama. Topup dan beli data hanya apabila perlu.
Yes mempunyai plan 'Unlimited' pada harga RM30 sebulan namun kelajuan hanya 7Mbps. Data untuk hotspot hanya 9GB sahaja.
Unifi Mobile
Kad sim Unifi Mobile diletakkan di dalam router 4G untuk digunakan oleh seisi keluarga.
Mempunyai plan 'Unlimited' dengan kelajuan 9Mbps dan tiada limit hotspot pada harga hanya RM35 sebulan.
Freshtel Internet
Memikirkan bahawa penggunaan internet kami sering menghadapi gangguan kerana kekuatan signal 4G dan juga kelajuan internet yang perlahan, beberapa bulan lepas saya putuskan untuk menggunakan freshtel selepas berpindah. Ia merupakan penyedia perkhidmatan internet untuk rumah yang mula-mula ada di kediaman baru kami. Namun, jika penyedia perkhidmatan lain juga sudah ada pada masa tersebut, dari segi harga, freshtel sudah menang di hati saya.
Freshtel ditawarkan dengan harga semurah RM68 sebulan jika memilih kontrak 12 bulan atau RM78 sebulan tanpa kontrak untuk kelajuan 40Mbps.
Setakat ini, penggunaan freshtel untuk rumah adalah baik. Namun, saya perlu memikirkan semula telco untuk telefon saya. XOX menang di hati saya untuk kelebihan yang telah dinyatakan di atas tetapi menyedihkan signal 4G boleh hanya 1 bar ataupun bertukar menjadi Edge apabila berada diluar. Lebih teruk, Yes yang saya topup dan beli data sebagai backup apabila diluar, hilang signal terus.
Buat masa ini belum merasa lagi 5G. Setia dahulu dengan telefon sedia ada 🙂