Virtualmin Schedule Backup + Report

Kepada yang menggunakan virtualmin, di sini saya ingin kongsikan bagaimana untuk menetapkan backup schedule dan juga report melalui email setiap kali backup

SET SCHEDULE BACKUP

Virtualmin Backup

Akses menu schedule backup pada virtualmin

Pilih ‘Create Scheduled Backup’ dan lakukan tetapan

Virtual servers

Virtualmin Backup - Virtual Server

Pilih untuk backup semua ataupun virtual server tertentu sahaja

Features & settings

Virtualmin Backup - Feature & Setting

Pilih features dan setting yang dikehendaki. Contoh boleh dibuang -> log

Destination and format

Virtualmin Backup - Destination

  1. ‘Local file or directory’
    • Sebab kita backup dalam server yang sama
  2. Destinasi (Contoh)  : /opt/backup/allweb-%Y%m%d%H%M
    • agar setiap backup yang dibuat di dalam folder backup akan seperti, allweb-<tahun><bulan><hari><jam><minit> (Contoh : allweb-201903041700)
  3. Fungsi delete old backup diaktifkan (contohnya lepas 5 hari) agar disk tidak penuh
  4. ‘strftime-style’
    • Keperluan untuk fungsi delete old backup
  5. ‘Create destination directory’
    • Keperluan sebab setiap kali backup, kita backup ke dalam folder yang baru (nama dibezakan oleh datetime)
  6. Untuk yang lain-lain, biarkan sahaja tetapan sedia ada

Schedule and reporting

Virtualmin Schedule Backup

Masukkan email untuk menerima backup report dan juga set kekerapan proses backup dilakukan.

Terdapat fungsi untuk menyertakan script lain (kebiasaanya BASH script) sebelum atau selepas virtualmin schedule backup. Oleh itu, ianya boleh dimanfaatkan untuk keperluan-keperluan seperti anda tidak mahu gunakan fungsi delete old backup sedia ada atau mahu generate custom report.

REPORT

Ujian yang saya lakukan menggunakan postfix dan email dihantar menggunakan gmail SMTP. Memandangkan ini bukan server production sebenar, hanya Self Sign Certificate digunakan untuk TLS

Install postfix

yum update && yum install p postfix

Gmail aunthentication

Cipta atau edit fail password

vi /etc/postfix/sasl_passwd

Tambah baris seperti berikut (masukkan username dan password anda)

[smtp.gmail.com]:587    [email protected]:password

Lindungi fail tersebut dengan hanya benarkan akses oleh user ‘root’ sahaja

chmod 600 /etc/postfix/sasl_passwd

Konfigurasi postfix

Terdapat 6 parameter yang perlu ditetapkan di dalam fail ‘main.cf’ dan berikut contoh tetapan yang saya lakukan. Sila tambah atau ubah tetapan-tetapan berikut

relayhost = [smtp.gmail.com]:587
smtp_use_tls = yes
smtp_sasl_auth_enable = yes
smtp_sasl_security_options =
smtp_sasl_password_maps = hash:/etc/postfix/sasl_passwd
smtp_tls_CAfile = /opt/sslcert/certs/mailserver.pem

Bagi tls_CAfile, saya telah katakan sebelum ini bahawa saya hanya menggunakan  Self Sign Certified. Berikut adalah caranya

openssl req -newkey rsa:4096 -nodes -sha512 -x509 -days 3650 -nodes -out
/opt/sslcert/certs/mailserver.pem -keyout /opt/sslcert/private/mailserver.pem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *